Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 18 12 2018
Versi 8.1.2
 
 Profile Profile

Lembaga Air Kuching ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1959, oleh pihak berkuasa Lembage Air Kuching, Order 1.959 Notis No S.12 1959, yang dibuat berdasarkan Bahagian 2 dan 3 dari Ordinan Bekalan Air, untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching dari Jabatan Kerja Raya Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air yang sedia ada (Sarawak Cap. 141) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada 1 Januari 2001, Lembaga telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching, 2001.

 

Lembaga ini bertanggung jawab untuk pentadbiran, pengurusan dan pengawasan segala kerja berkaitan dengan air dalam kawasan bekalan dan dasar Lembaga adalah melanjutkan paip utama dan membangunkan kemudahan lain, untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi dan kualiti bekalan air terawatt yang dipercayai sepenuhnya dalam kawasan bekalan. Sistem bekalan air mematuhi dan mengikuti semua aspek keperluan moden dan pembangunan yang disediakan untuk memenuhi unjuran pertumbuhan permintaan.

 

Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai sebuah organisasi milik kerajaan bebas semenjak penubuhan Lembaga pada tahun 1959. Lembaga ini mempunyai pejabat kerja, loji rawatan air, kerja-kerja bekalan air lain yang berkaitan, bengkel, store dan kemudahan perngangkutan sendiri.  

 

Lembaga Air Kuching adalah “non-profit oriented” dan merupakan organisasi perkhidmatan awam yang ditujukan semata-mata untuk tujuan memberi bekalam air yang baik dan bersih kepada  pelanggan di bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.