Mulai sekarang, pelanggan boleh membuat pembayaran bil air dengan mengunakan KAD DEBIT/KREDIT di kaunter pembayaran kami yang bertempat di Pejabat KWB Batu Lintang.
SUBSIDI AIR RM5.00 PERTAMA
Lembaga Air Kuching ingin memaklumkan bahawa bermula pada 1 Januari 2020, setiap pengguna di bawah tarif Domestik (kod 3) akan menikmati penggunaan air percuma bagi RM5 pertama daripada bil air bulanan.
BAYAR BIL AIR DENGAN JomPAY
Mulai 26th March 2019, pengguna Lembaga Air Kuching boleh membayar bil air dengan JomPAY.
Biller Code untuk Lembaga Air Kuching ialah 37234.
Ref-1:Sila masukkan akaun bil air anda.(bermula dengan 71xxxxxx, nombor 10 digit dan tanpa -)
Ref-2:Sila masukkan nombor kod bil anda.(bermula dengan 01xxxx, nombor 6 digit)
Lembaga Air Kuching ingin memaklumkan kepada para pengguna bahawa kerja-kerja "300mm DI Main Diversion" di Kpg Bako "resettlement area"mulai jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari Rabu, 17 Februari 2021.
Para pengguna di sepanjang dan sekitar Kpg Lot Bako, Kpg Hijrah, SMK Bako & Jln Kpg Bakoakan mengalami gangguan bekalan air pada masa tersebut. Para pengguna adalah dinasihatkan supaya bersedia semasa gangguan tersebut.
Pihak Lembaga berasa kesal ke atas segala kesulitan yang timbul terhadap pengguna. Segala usaha akan diambil untuk memulihkan bekalan air dengan secepat mungkin. Untuk pertanyaan/maklumat bolehlah menghubungi talian Call Centre kami di 082-222333 atau SMS ke 019-8866650
Lembaga Air Kuching ingin memaklumkan kepada para pengguna bahawa kerja-kerja membaikpulih kebocoran paip 8"AC di Jln Datuk Tawi Sli (di hadapan Boulevard Shopping Mall)akan dilakukan mulai jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang pada hari Isnin, 25 Januari 2021.
Para pengguna di sepanjang dan sekitar Jln Hui Sing, Jln Seng Goon, Spring Garden, Jln Sherip Masahor, Jln Dtk Tawi Sli, Jln Hup Kee, Jln Kalong Ningkan akan mengalami gangguan bekalan air pada masa tersebut. Para pengguna adalah dinasihatkan supaya bersedia semasa gangguan tersebut.
Pihak Lembaga berasa kesal ke atas segala kesulitan yang timbul terhadap pengguna. Segala usaha akan diambil untuk memulihkan bekalan air dengan secepat mungkin. Untuk pertanyaan/maklumat bolehlah menghubungi talian Call Centre kami di 082-222333 atau SMS ke 019-8866650